6.2 PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI DAN TAPAK INTERGRASI
1) MENGIKAT MASYARAKAT UNTUK MERUJUK PADA SATU UNDANG YANG SAMA UNTUK SESUATU MASALAH SUPAYA TIDAK BERCANGGAH ANTARA SATU SAMA LAIN
- Fasal 152, Perlembgaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963, Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan akan kekal.
- Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa " Ugama Islam ialah ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan".
- Perkara 11 mengenai Kebebasan Ugama pula menyatakan " Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti ugamanya dan tertaluk kepada Fasal(4), mengembangkan ugamanya".
2) MENJAMIN KESTABILAN POLITIK DAN SISTEM PENTADBIRAN
- Penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 yang memperuntukkan penubuhan badan yang dipanggil MKN,membolehkan pihak kerajaan mengisytiharkan kawasan keselamatan, menjelaskan kuasa-kuasa khas pasukan keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara berkaitan.Akta ini nampak berkesan ketika pengurusan kes penularan covid-19 di Malaysia.
3) MENJAMIN KESELAMATAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT.
- Hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat digunakan tetapi tertakluk kepada peruntukkan Akta Hasutan dan beberapa akta lain.Walaupun setiap rakayat dibenarkan untuk meluahkan pendapat dan pandangan masing-masing ia masih di bawah undang-undang.Sekiranya berlaku unsur hasutan yang boleh menghuru-harakan keharmonian masyarakat, seseorang masih boleh diambil tindakan.
- Perkara 149, berkenaan perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan kententeraan awam.Mana-mana perbuatan atau perkataan yang diutarakan, yang mana boleh menimbulkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainana atau golongan penduduk yang berlainan mugkin menyebabkan keganasan.Peruntukan undang-undang itu yang bermaksud untuk memberhentikan atau mencegah tindakan itu adalah sah walaupun peruntukkan itu tidak selarasa dengan mana-mana peruntukan; Perkara 5 (Kebebasan Diri), Perkara 9 (Larangan Buang Neger dan Kebebasan bergerak), Perkara 10 (Kebebasan Percakap, Berhimpun dan Berpesatuan), Perkara 13 (Hak Terhadap Harta).
Comments
Post a Comment