6.3 & 6.4 KONSEP, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI DAN PLATFORM INTERGRASI
6.3 KONSEP, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI
STRATEGI TERKINI KERAJAAN DALAM MEMPERKASA INTERGRASI
MENGGALAKKAN SILANG KERJAYA & KEFAHAMAN
JARINGAN KERJASAMA STRATEGIK
SEKOLAH WAWASAN
1) Strategi Perlaksanaan Sekolah Wawasan
6.3 KONSEP, KEPERLUAN DAN PENGHAYATAN TAPAK INTEGRASI
Tapak Intergrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata dimana pelbagai pihak yang berbeza etika dan peradaban bertemu dan berikhtiar mencari persetujuan secara aman dan harmonis tanpa keganasan. Ada yang wujud di peringkat makro, Pertengahan dan mikro.
MAKRO (ATAS KE BAWAH) Peranan Kerajaan
- Perlembagaan Persekutuan
- Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
- Pemerkasaan Sekolah Kebangsaan
- Sekolah Wawasan
- Program Latihan Khidmat Negara
- Rancangan Malaysia
- Wawasan 2020
- Transformasi Negara (TN50)
- Perlembagaan Persekutuan memperakui dan menerima bentuk pembinaan negara bangsa Malaysia yang dipersetujui pemimpin dan pejuang kemerdekaan negara antaranya, Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Loke dan Tun V T Sambanthan.Perlembagaan itu dipeggang sebagai panduan hidup bernegara dalam aman dan damai dan perpaduan. -(Mansor,2018)
- Perlembagaan Persekutuan menggariskan pasak negara, iaitu kedudukan Raja Berperlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.
Video ini memaparkan tentang perlembagaan persekutuan
- Raja berpelembagaan menjadi simbol perpaduan, Bahasa Ibunda boleh dipelajari, agama lain diamalkan dan Perkara 153 juga menjamin kepentingan majoriti lainnya.
- Hakikatnya,tiada negara dalam dunia ini tidak memiliki kumpulan etnik yang menjadi pengasasnya.Sekiranya dilihat secra dasar pada Perlembagaan Persekutuan, Malaysia sesebuah negara berasaskan etnik, anak watannya Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dan warganegara yang terdiri kepelbagaian etnik dan negara.
- Keluhuran Perlembagaan dalam prinsip Rukun Negara sebagai ejen penyatuan masyarakay berbilang kaum di negara ini.
- (Anis Nabila,2020)Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kesamarataan yang amat penting bagi mengelak berlakunya diskriminasi dan ketidakadilan kepada rakyat termasuklah dari segi agama, bangsa, keturunan dan jantina.
- Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 susulan peristiwa 13 Mei 1969 mengandungi lima prinsip-Kepercayaan kepada Tuhan; Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembagaan; Kedaulatan Undang-Undang; serta Kesopanan dan Kesusilaan.
Rukun Negara Malaysia |
- Tegasnya, setiap warga Malaysia perlu menghormati, Menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan perlembagaan negara bagi mengelak masyarakat menjadi kucar-kacir dan hilang arah tujuan.
- Perlembagaan mengandungi asas-asas persetujuan dan persefahaman antara pelbagai bangsa yang hidup di negara ini.Selain mengiktiraf hak warganegara semua bangsa, ia juga memberikan kedudukan istimewa kepada orang Melayu dan Bumiputera, Bahasa Melayu, Agama Islam dan Sultan-Sultan Melayu merupakan penduduk dan pemerintah asal serta agama yang diamalkan kaum Bumiputera Tanah Melayu. Sebarang usaha membelakangkan Perlembagaan tidak dibenarkan kerana tindakan itu menyalahi undang-undang.
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTERGRASI NASIONAL
Kronologi Penubuhan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional |
Strategi JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional |
STRATEGI TERKINI KERAJAAN DALAM MEMPERKASA INTERGRASI
- Menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR)
- Bertujuan mempromosikan Malaysia di peringkat global sebagai model negara moderat yang berjaya menjaga keharmonian antara kaum dan agama
- Merupakan platform untuk percambahan fikiran dan rekonsiliasi antara kaum dan negara.
- Bertujuan untuk memelihara, mengukuh dan meningkatkan perpaduan masyarakat di negara ini.
- Memupuk berhubungan keharmonian, perpaduan, intergrasi dan kesamarataan.
- Membantu kerajaan langkah-langkah ke arah perpaduan nasional, intergrasi dan tanpa diskriminasi.
- Menyiasat aduan dan mengenalpasti penyelesaian.
MENCARI PENYELESAIAN TERHADAP ISU-ISU PERKAUMAN DAN AGAMA
- Isu perkauman dan agama boleh menyebabkan perpecahan kaum dan memupuk pendamaian di peringkat akar umbi melaui khidmat 1,130 orang Mediator Komuniti (MK) di seluruh negara.
Mediator Komuniti adalah pihak ketiga yang berusaha mendapatkan penerimaan pihak-pihak yang terlibat di dalam sesuatu konflik sosial untuk mencari titik-titik persetujuan yang boleh diterima oleh semua pihak utama dengan harapan perhubungan mereka tidak terus merosot, malah bertambah positif.
- Berfungsi untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat dan mewujudkan suasana harmoni antara rakyat berbilang kaum , agama dan kepercayaan.
- Kementerian ketika ini menggerakka usaha agar Kelab Rukun Negara ditubuhkan di semua sekolah termasuk sekolah jenis Kebangsaan.
- Sekretariat Rukun Negara diwujudkan disemua IPTA & IPTS.
- Merupakan satu usaha untuk menyemai kesedaran terhadap kepentingan perpaduan kaum.
Logo Rasmi Sekretariat Rukun Negara |
Contoh aktivit Kokurikulum |
MENGGALAKKAN SILANG KERJAYA & KEFAHAMAN
- Kalangan mahasiswa bumiputera dan bukan bumiputera melalui Latihan Internship dengan menyertai Program Latihan Industri Perpaduan (PLIP) di syarikat swasta.Ia merupkan satu platform bagi para mahasiswa lebih memahami mengenai kepelbagian masyarakat Malaysia apabila melangkah kedunia pekerjaan yang lebih mencabar.
- Membudayakan perpaduan dan meleraikan kepelbagian melalui pernglibatan syarikat-syarikat swasta,GLCs dan badan bukan kerajaan(NGO).
Contoh Syarikat GLCs |
JARINGAN KERJASAMA STRATEGIK
- Strategi ini bertujuan untuk melaksanakan program-program menyantuni rakyat, memperkasa dan mensejahterakan golongan minoriti serta melakukan inisiatif-inisiatif mempromosikan perpaduan. Melalui jaringan ini pelbagai aktiviti kejiranan dapat dilaksanakan. Jaringan ini dianggotai oleh rukun tetangga (RT), persatuan penduduk (RA) dan badan bukan kerjaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan di seluruh negara.
- Pasukan ini bertujuan untuk menyebarkan berita-berita positif agar dapat menenangkan keadaan penyebaran berita-berita palsu, negatif dan berunsur fitnah. Dianggotai oleh pejabat perpaduan negeri dan daerah.
- Bertindak sebagai forum rasmi mengenalpasti isu-isu yang menjadi polemik yang berupaya menggugat perpaduan dan keharmonian masyarakat sehingga mengancam ketenteraan awam. Jpip dianggotai oleh kementerian dalam negeri, kementerian perumahan dan kerajaan tempatan, kementerian pelancongan dan beberapa agensi lain yang berkaitan.
- Dipengerusikan oleh yb menteri kanan kluster sosial. Dianggotai oleh tokoh-tokoh masyarakat merangkumi pelbagai sektor termasuk wakil dari badan bukan kerajaan (ngo). Pihak swasta dan individu yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang perpaduan. Dilantik oleh yab perdana menteri bagi tempoh dua tahun. Bersidang sebanyak enam kali setahun. Disokong oleh jawatankuasa pelaksana perpaduan negara yang dipengerusikan oleh yb menteri perpaduan negara di peringkat kementerian dan jawatankuasa tindakan perpaduan negeri yang dipengerusikan oleh ahli-ahli yb exco perpaduan negeri di peringkat negeri masing-masing.
SEKOLAH WAWASAN
Sekolah wawasan merupakan satu konsep sekolah rendah yang boleh mewujudkan persekitaran yang memberi peluang secara langsung kepada murid-murid dari pelbagai kaum bergaul dan berinteraksi dengan lebih bebas. Konsep Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh kabinet pada tahun 1997.Gabungan tiga sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks iaitu Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina dan Tamil dalam satu kawasan yang sama. Penempatan ketiga-tiga aliran ini di dalam satu kawasan yang sama merupakan landasan terbaik untuk mewujudkan integrasi kaum dan asimilasi budaya pada peringkat primer.
1) Strategi Perlaksanaan Sekolah Wawasan
- Membina sekolah baru di kawasan yang ramai penduduk berbilang kaum.
- Memindah atau mencantumkan dua atau tiga buah sekolah dalam satu kawasan.
- Menambah aliran di sekolah-sekolah yang sedia ada.
2) Ciri Istimewa Sekolah Wawasan
- Mempunyai pentadbiran sendiri yang diketuai oleh guru besar masing-masing.
- Hanya dilaksanakan dalam satu sesi dengan bilangan murid maksimun ialah 2520 orang atau 840 orang murid bagi setiap aliran.
- Kemudahan seperti padang permainan, kantin, pusat sumber, perpustakaan, dewan dan gimnasium diguna dan diurus secara usahasama.
- Bahasa rasmi digunakan di luar darjah ialah Bahasa Melayu.
3) Terdapat 5 buah Kompleks Sekolah Wawasan
KESIMPULAN
Perlembagaan merupakan undang-undang atau peraturan negara yang perlu diambi berat oleh seluruh masyarakat. Perlembagaan adalah sangat penting untuk sesebuah negara kerana perlembagaan berperanan menentukan satu taraf atau dasar piawai. Ia menyatakan satu taraf yang ingin dicapai oleh rakyat dan negara. Di samping itu, dengan adanya perlembagaan, segala masalah rakyat dan negara dapat diselesaikan dengan mudah kerana ia merupakan alat untuk menyelesaikan konflik dalam negara. Oleh itu, dengan adanya perlembagaan keamanan negara dapat dikekalkan menerusi pindaan perlembagaan.
RUJUKAN
- https://www.sinarharian.com.my/article/98980/BERITA/Nasional/Pastikan-kelab-sekretariat-Rukun-Negara-diwujudkan-seluruh-negara
- https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/591073/majlis-penasihat-perpaduan-negara-ditubuhkan
- https://www.jpnin.gov.my/ms/komuniti/mediator-komuniti-mk
- http://anyflip.com/pucrs/gjat/basic
- https://www.scribd.com/document/487386255/07-Topik-6-Pelembagaan-Persekutuan-sbg-Tapak-Integrasi-1-pdf5
- Penghayatan Etika dan Peradaban/Munirah Mustaffa,Mohamad Bazli Md Radzi,Naimah Ghazali, Wan Mohd Tarmizi Wan Mohd Othman,Mohammad Tarmizi Balya.ISBN 978-967-07997-92-2 Julai2020
Comments
Post a Comment